Wednesday, October 26, 2011
Terms and condition applied
Friday, October 14, 2011
Effort speaks for itself
Sunday, October 2, 2011
Help
Friday, September 16, 2011
This little place of mine
Monday, August 15, 2011
legendary athlete from my eyes
Wednesday, August 10, 2011
The journey called life
Wednesday, July 13, 2011
Budi bahasa budaya kita ?
Saya memandu dalam si kuning.
Ayat pertama yang dia katakan pada saya, “Saya ‘stay’ dekat ‘lane’ saya”. (nada suara yang yakin).
Saya tersenyum, “macam mana encik nak ‘stay’ kat ‘lane’ sendiri sedangkan saya pandu kat ‘fast lane’? ‘Main road’ ni ada dua lorong dan sekiranya encik nak masuk dari simpang jalan pun kena ikut lorong kiri dulu baru masuk ke ‘fast lane’,” kata saya. (handal betul bahasa rojak saya sekarang)
Saya tak pandai berdebat tetapi saya berkeyakinan. Dia terdiam. Memang pun dia yang bersalah.
“Anak encik ‘OK’?” Tanya saya.
“OK…” kata dia sambil merokok.
Kami menunggu lebih kurang 45 minit untuk ke balai polis. Sepanjang masa itu, Jing Yi menunggu. Habis rokok lima puntung si ayah itu. Jing Yi menunggu, menunggu satu perkataan. Nampaknya perkataan ‘sorry’ adalah suatu perkataan yang menjatuhkan air muka.
Jing Yi tak marah tapi hanya hairan kenapa orang sekarang amat pentingkan air muka. Mungkin si ayah tersebut ingin kelihatan bermaruah di depan anak-anaknya. Tak berbaloi marah kerana orang yang angkuh dan ‘bermaruah’ itu.
Budi bahasa budaya kita
Teras panduan hidup manusia
Nak jadi rakyat kelas pertama
Jauh lagi perjalanannya
Adakah budi bahasa masih wujud dalam kalangan masyarakat kita?